Kenali Kami

IMG_20150908_105339

 

 

 

PENGENALAN SEKOLAH

Nama Sekolah :  Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee

Pulau Pinang

Alamat Sekolah :  Jalan Timah 10150, Pulau Pinang

Telefon /Fax :  04-2268841

Email :  pba1006@jpnpp.edu.my

Kod Sekolah :  PBA 1006

Gred :  B

Note2 September 2014 017

Lokasi Sekolah :  Pusat Bandar

Sesi Persekolahan :  Pagi sahaja

Daerah :  Timur Laut

Dewan Undangan Negeri :  Kawasan Komtar

Parlimen :  Tanjong

Nama Guru Besar :  CIK JAMAIAH BT MAHLI

Jumlah Guru :  36 Orang

Jumlah Anggota Kumpulan Pelaksana: 6 orang

 

 

 

 

SEJARAH SEKOLAH

Bangunan asal sekolah ini terletak  di tapak Kilang Bijih Timah Syarikat Dato Keramat.  Setelah disiapkan pada tahun 1887  bangunan sekolah  mula digunakan pada tahun yang sama. Pada ketika itu seramai 40 orang murid dengan seorang tenaga pengajar berada di sekolah ini. Akhibat pembinaan kilang bijih timah Syarikat Dato Kramat , sekolah ini terpaksa dipindahkan  ke tempat baru yang terletak di Jalan Kajang 400  meter daripada tapak asalnya. Selama 25 tahun sekolah ini betapak di tempat ini sebelum berpindah ke lokasi sekarag iaitu Jalan Timah. Jumlah murid pada ketika itu lebih kurang 100 orang dipimpin oleh 2 orang guru. Bangunan tambahan dibina pada tahun 1924 berikutan dengan penambahan murid.  Dalam  tempoh 1930 hingga 1959  sebanyak 2 buah bangunan tambahan  telah dibina  untuk menampung murid seramai 900 orang.

 

1967 jumlah pelajar  beertambah ke 1,222 orag murid dengan tenaga pengajarseramai 38 oarang. Pada ketika itu sekolah 2 sesi perlu dijalankan dan Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa merupakan merupakan sekolah yang mempunyai bilangan murid yang paling ramai.

 

1970an dan 80an menyaksikan pembinaan sekolah-sekolah baru di sekitar kawasan ini dan ini mengakibatkan pemindahan penduduk ke tempat-tempat lain berlaku dengan ketara. Pembangunan ekonomi dengan pembinaan kilang-kilang dan kawasan perindustrian juga menyumbang kepada perpindahan penduduk  kawasan ini ke tempat-tempat yang baru untuk mencari peluang pekerjaan dan kawasan perumahan baru.

 

MAJLIS PERTUKARAN NAMA SEKOLAH

GEORGETOWN: Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa kini dengan rasminya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tan Sri P Ramlee. Perasmian pengisytiharan penukaran nama sekolah itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini. Yang Dipertua Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Mohd Yussof Latiff ketika berucap pada majlis itu, berkata nama .Ramlee diabadikan sebagai memperingati tempat Allahyarham seniman agung itu memulakan persekolahan dengan memasuki ‘darjah sekerat’ iaitu pendidikan pra sekolah ketika itu. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Menamakan Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee berkata satu tabung yang dinamakan Tabung dan Biasiswa Tan Sri P.Ramlee akan diwujudkan untuk kegunaan murid sekolah itu yang berminat meneruskan pengajian dalam bidang muzik. “Tabung dan biasiswa ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Tan Sri P.Ramlee dalam bidang seni khususnya muzik,” katanya. – BERNAMA

 

MISI

Memberi pendidikan berkualiti kepada murid-murid  ke arah melahirkan warganegara

Malaysia yang cemerlang

 

SLOGAN

Together Towards Excellence

Bersama Ke Arah Kecemerlangan

 

PIAGAM PELANGGAN

Bahawa kami warga SKTSPR berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :-

Murid :

  • Memastikan semua murid menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan.
  • Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil.
  • Memastikan semua murid mendapat pinjaman buku teks untuk tahun berikutnya, menerima buku teks pada hujung tahun semasa, sebelum sesi persekolahan berakhir.

Staf:

  • Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya empat kali setahun.

Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf akan diambil tindakan segera, tidak lebih dari 3 hari.

Waris:

  • Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra.
  • Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
  • Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
  • Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak Kementerian Pelajaran diambil tindakan selewat-lewatnya sehari selepas surat/arahan diterima.