Archives

Program Gotong Royong Bersama PIBG

 

Program gotong royong bersama ibubapa pada 28hb.Mei untuk menyediakan koridor keselamatan jalanraya dalam kawasan sekolah. Ibubapa yang hadir bersama jawatankuasa PIBG dan guru-guru  telah bersama-sama membersihkan dan menceriakan bilik darjah.

854714e3-febf-4838-b88a-1a82dd6e616d  851418084_64014_17113803733462541860

851302455_98704_15610743649557908722  941170e9-b15a-406f-8f83-3cda358c4a6c

gt  59eb46cb-24e1-42e0-acf1-98089416b1fdd913df1c-24a1-4bd9-80e0-f8d6ea839a55  851302534_99293_11794832748846463857

Pada masa yang sama juga berlangsung Program Motivasi Tahun 6

a41b7071-ba67-4ca6-86a3-74ce663d6985f4923167-8c68-41ef-81ad-08bf8f7e1fa0

 

 

 

Sambutan Hari Guru

Note 2016 3587 Note 2016 3559 Note 2016 3566

Sambutan Hari Guru 2016 telah dijayakan bersama oleh Badan Kebajikan Guru dan PIBG sekolah.

Selamat Hari Guru

15 JANUARI 2016… Nukilan Cikgu Azhar Semasa Majlis Meraikan Perpindahan Beliau Ke JPNPP

Assalammualaikum…. Salam Sejahtera;

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Sekadar pedoman kita bersama…

Waktu sedang “di puncak” kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu sedang “Berkuasa” kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

Waktu sedang “Sakit” kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:

Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat …

Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman…

Tunjukkanlah bahawa kita masih mempunyai Hati Nurani yang tulus.

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yang ditabur itulah yang akan dituai.

Kita tidak pernah dijanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahawa kita akan peroleh pelangi disetiap badai,
senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa……

Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah ke arah kebaikan… kerana..
hidup ini terlalu indah….

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..

Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita.

Terima kasih kepada semua kerana berkesempatan mengenali semua. Budi dan jasa semua sangat-sangat saya hargai. Sangat indah di SK Tan Sri P.Ramlee walau seketika cuma.

Ampun dan maaf sekali lagi andainya kesilapan tanpa kesedaran…semuanya kerana kelemahan diri sendiri.

Selamat Maju Jaya untuk semua semoga kebahagiaan sentiasa bersama semua warga SK Tan Sri P.Ramlee..
IMG-20160115-WA002Wassalam…😊😊😊